Teknologi ini berfungsi seperti telefon dan tablet , tetapi teknologi ini sedikit berbeza kerana ianya menggunakan pancaran LED ke kulit kita. Picoprojecter akan memancarkan skrin pada kulit kita dan teknologi ini disambung terus dari telefon kita. Ini bermakna kita boleh menyambungkan panggilan kita terus kepada Cicret Bracelet ini. Ianya terdapat dua saiz , iaitu 16GB dan 32GB dan ianya juga terdapat dalam 10 warna.
2) KOMUTER DI ATAS JALAN RAYA
Teknologi ini merupakan teknologi komuter di sepanjang jalan raya. Komuter ini mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah merupakan laluan bagi kenderaan lain dan tingkat kedua merupakan ruang duduk bagi penumpang. Di dalamnya terdapat kemudahan lif bagi penumpang untuk ke ruang duduk penumpang. Komuter ini juga mempunyai sistem brek kecemasan bila berlaku kecemasan seperti kemalangan jalan raya.
3) TOYOTA'S FUN CONCEPT CAR
Teknologi ini direka bagi menghubungkan manusia dengan teknologi-teknologi canggih yang terdapat di dunia. Apa yang menarik bagi teknologi ini adalah kita boleh menukar warna dan corak mengikut pilihan pengguna itu sendiri tanpa memerlukan modal. Untuk menukar corak kenderaan, kita hanya perlu mengambil gambar corak yang kita inginkan. Selain itu, kenderaan ini juga boleh dipandu secara auto dan manual.
4) TRAK SERBAGUNA
Teknologi ini merupakan sejenis trak yang agak besar. Ianya boleh digunakan untuk memotong rumput di tepi-tepi jalan raya ataupun di kawasan yang lapang dan berskala besar. Hal ini kerana, ianya dapat membantu mempercepatkan kerja dan menjimatkan masa. Trak serbaguna ini juga boleh digunakan untuk memotong ranting-ranting pokok, membersihkan kaki lima jalan, membersihkan dinding dan papan tanda jalan. Trak ini mempunyai banyak kegunaannya.
5) MESIN PENANAM PADI
Mesin ini merupakan mesin penanam padi dan ianya direka bagi memudahkan para petani untuk menanam padi. Bagi petani yang mempunyai tapak penanaman padi yang agak luas, ianya lebih elok jika menggunakan mesin penanam padi ini. Hal ini kerana, dapat menjimatkan masa dan dapat mengurangkan tenaga kerja. Mesin ini direka dalam bentuk seperti jentolak tetapi ianya bersaiz sedikit kecil. Tayar mesin ini mempunyai duri-duri disekelilingnya bagi melancarkan pergerakan mesin ini.
6) ECOCAPSULE RUMAH BERBENTUK TELUR
Rumah moden ini boleh digunakan dimana-mana sahaja. Dengan adanya rumah ecocapsule ini, pemiliknya tidak perlu untuk menggunakan dan membayar bil elektrik kerana ianya mempunyai turbin angin dan panel suria untuk menghasilkan elektrik. Rumah moden ini juga mempunyai bateri yang agak besar bagi menyimpan tenaga yang dapat digunakan kemudian. Dinding rumah moden ini juga terdapat teknologi penapis air hujan yang kemudiannya air hujan itu selamat untuk diminum.
7) MOTOR TERKECIL
Motor ini merupakan motor yang terkecil di dunia pada masa ini. Motor ini berbentuk seperti basikal kanak-kanak, tetapi kebolehannya amatlah luar biasa. Walaupun saiznya kecil, tetapi ianya mampu menampung seorang dewasa.
8) KERETA TERBANG (AEROMOBILE)
Kereta terbang ini dikenali sebagai aeromobile. Kereta ini boleh memuatkan dua orang penumpang sahaja dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini. Ianya boleh dipandu di udara dan juga di atas jalan raya. Apabila ianya dipandu di atas jalan raya, sayap kenderaan ini akan ditutup. Dengan adanya kenderaan seperti ini, kita dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mempercepatkan masa perjalanan.
9) TELEFON JENAMA SAMSUNG YANG FLEKSIBEL
Syarikat Samsung akan mengeluarkan rekaan telefon terbaru iaitu telefon yang fleksibel dan boleh dilipat. Telefon ini lagi nipis berbanding telefon lain yang telah dikeluarkan di pasaran.
10) TEKNOLOGI TABLET CANGGIH 2015
Teknologi tablet ini tidak lagi menggunakan tetikus dan papan kunci seperti komputer-komputer pada masa lepas tetapi ianya hanya menggunakan sentuhan pada skrin tablet tersebut. Tablet ini boleh digunakan walaupun di dalam air tanpa risau akan mengalami kerosakan. Ianya juga sesuai digunakan di restoran-restoran mewah untuk mengambil pesanan makanan. Kita hanya perlu memilih makanan dan meletakkan kad kredit di atas skrin tablet tersebut untuk membayar bil makanan.
No comments:
Post a Comment