TUGASAN ESEI



Pendahuluan
Teknologi adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kemudahan dan kesenangan hidup manusia. Secara umum, teknologi dapat didefinisikan sebagai benda, barang atau benda yang diciptakan secara terperinci melalui perbuatan dan permikiran untuk mencapai suatu nilai.
Pada era yang moden saat ini, teknologi sudah menjadi bahasan paling utama sebagai alat atau sebuah sarana pembantu untuk meringankan setiap pekerjaan yang ada. Sedangkan sains dan teknologi sendiri sudah mengakar dan berkembang sedemikian pesatnya dinegara-negara maju yang ada dibelahan dunia ini.
Pelbagai kemajuan yang ada dalam bidang sains dan teknologi bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang serta berfungsi untuk meningkatkan kualiti hidup . Oleh kerana itu,  tidak hairanlah bahawa pengukuran terhadap negara maju dapat dilihat dari besar kualiti teknologi yang dimiliki oleh negara tersebut.
Kerana kemajuan teknologi dianggap sebagai faktor yang utama pendukung suatu Negara maju, pendidikan sains sendiri dianggap sebagai komponen terpenting dalam dunia pendidikan. Untuk mencapai tahap dimana sains menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat.
            Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk pelbagai tujuan yang berlainan. Contohnya adalah sebagai kemudahan dalam pendidikan terutamanya pendidikan sains. Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh menolong proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar terutama dalam hal “pengetahuan dan pemahaman, kemahiran praktikal dan prestasi kepakaran dalam bidang pengajian seperti pelajaran sains. 
                 Di negara maju, penggunaan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah diterima oleh guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guru sains dan matematik (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Kajian-kajian yang telah dilaksanakan telah menunjukkan bahawa PBK mempunyai peranan yang besar dalam pengajaran sains, terutamanya dalam mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan membantu mereka mempelajari sains melalui pengalaman yang menyeronokkan. 

Masalah Pembelajaran Sains di IPT
             Bagi kebanyakan pelajar, sains merupakan matapelajaran yang sukar untuk dipelajari serta kurang diminati. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran sains di IPT. Pelajar-pelajar di dalam satu kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan tugas dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula lambat untuk mempelajari topik yang sukar mereka faham. Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar lemah dan menarik minat mereka harus dilaksanakan.
Kursus Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pensyarah kerana terdapat segelintir mahasiswa/i yang kurang memahami apa yang diajar oleh pensyarah. Antara masalah yang dihadapi adalah, mahasiswa/I tidak memahami konsep sains dengan baik serta tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan.
               Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, pasti mereka lebih mudah untuk mengingati dan memahami untuk mendalami ilmu berkaitan Sains ini. Sering mahasiswa/I menyatakan bahawa belajar sains adalah membosankan. Melalui fahaman mereka, pelajaran ini hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus dalam peperiksaan.
                 Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut merupakan masalah pembelajaran Sains di IPT:
                                                       I.            Pembelajaran berorientasikan peperiksaan
                                                    II.            Kaedah penyoalan yang lemah
                                                 III.            Tidak mengetahui cara menggunakan radas
                                                 IV.            Tidak mengulangkaji sebelum masuk ke kuliah
              Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada kemerosotan jumlah para mahasiswa/i yang mengikuti bidang Sains di alam pekerjaan. Sedangkan negara sangat memerlukan mereka. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang dirancang oleh pendidik haruslah mengikut kecerdasan mahasiswa/i.

Prinsip Dalam Teknologi Pendidikan
Penggunaan teknologi dalam pendidikan memerlukan beberapa prinsip yang berikut:
1.      Menambahbaik nilai pendidikan
     Teknologi dalam pendidikan sama ada peralatan ataupun proses, seharusnya berasaskan prinsip, ianya           boleh menambahbaik nilai pendidikan itu. Nilai-nilai dari segi keberkesanan, kebolehpercayaan,                     kecekapan dan sumbangan teknologi dalam melahirkan insan yang lebih baik dari segi kemanusiaan dan         kualiti hidup.
2.      Berfokuskan pedagogi
      Mandatatama  teknologi ini seharusnya berfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran. Kita harus           memilih teknologi berfokuskan produktiviti dan pada masa yang sama masih tidak mengabaikan implikasi       pada pedagogi. Kriteria-kriteria yang tidak boleh diabaikan dalam pemilihan teknologi yang akan                  digunakan ialah:
     a. Berasaskan prinsip dan kaedah pembelajaran.
     b.  Sinergi diantara teknologi dan proses kognitif.
     c. Guru-guru harus mendapat latihan yang mencukupi sebelum menggunakan peralatan dan perisian                    baharu.

3.      Kualiti
      Kualiti bermaksud criteria dan standard. Standard ekspilit perlu dicapai melalui penyelidikan dan                   perbincangan apabila timbul sesuatu isu baharu dalam penggunaan teknologi. Standard kualiti boleh               diaplikasi pada:
      a. Input – spesifikasi teknologi pada perkakasan, kriteria murid. 
      b. Proses–  Standard perangkaan dan penyampaian P& P.
            c. Output– Pemarkahan dan penilaian pencapaian
4.      Berkekalan
Penggunaan sesuatu teknologi dalam pendidikan memerlukan kos yang tinggi. Ini termasuk kos dalam sistem sokongan, sistem data, inovasi terbaru dan latihan kepada pendidik. Berasaskan pada faktor-faktor ini, maka teknologi baru dalam pendidikan perlu stabil, tahan lama dan boleh diaplikasi dalam persekitaran yang meluas. Risiko dipengaruhi oleh faktor politik negara perlu dielakkan.

5.      Mudah dicapai
     Teknologi dalam pendidikan perlu menyediakan peluang kepada setiap murid dan warga pendidik untuk        maju dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Pihak kerajaan dan institusi pendidikan perlu        menguji segala program dan peralatan yang diperkenalkan supaya ia bersifat menyeluruh dan boleh                dilaksanakan.
6.      Perkongsian
      Institusi pendidikan harus belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dalam segala aspek teknologi yang         digunakan. Ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam bilangan kawasan berteknologi.


7.      Berskala
      Berskala merujuk kepada:
a.       Sistem jaringan (network) yang boleh disambungkan kepada jaringan yang lain dan boleh diperluaskan.
b.      Persisian yang boleh digunakan dan relevan dengan perisian yang lain.
c.       Kandungan pengajaran, kursus, program-program dapat dikongsi dan dipindahkan diantara jabatan, sekolah dan seluruh negara amnya
8.      Mempunyai pilihan
      Setiap murid, warga pendidik dan masyarakat mempunyai perbezaan diri secara individu. Perbezaan ini         harus dihormati. Teknologi seharusnya menawarkan pelbagai pilihan dari sudut peralaan, perisian dan             proses. Prinsip ini penting untuk menyokong perbezaan dan menggalakkan peningkatan potensi individu         secara maksimum.


9.      Mengikut keperluan
      Kelebihan teknologi dalam pendidikan ialah memudahkan proses pembelajaran. Kita boleh                           memprogramkan kursus, dan perkhidmatan mengikut keperluan pengguna. Mahasiswa/I adalah berbeza       dari segi potensi dan sifat individu, maka teknologi yang digunakan perlu mengikut keperluan secara               individu. Ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid, merangsang tindakbalas maksimum (cth; melihat,       mendengar, bercakap). Ia juga dapat mengesan kecenderungan (aptitude) mereka.

Peranan Teknologi Dalam Pendidikan Sains
            Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan member kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Pendidik harus memahami maksud pembelajaran selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
            Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar tidak P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenalpasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabung jalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dansebagainya, murid-murid perlu dibekalkan dengan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan member impak yang besar dalam proses membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan:
1.      Fungsi Pengembangan Pengajaran
Teknologi dapat mengarah, menyelaras dan mengawal fungsi-fungsi pengembangan pengajaran dan sumber pengajaran. Guru-guru bertanggungjwab untuk pastikan teknologi dalam pengajaran berjalan lancer dan berkesan.

Fungsi Pengurusan Pelajaran
a.       Pengurusan organisasi
Teknologi dalam pendidikan sains dapat mengenalpasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif, anggaran perbelanjaan, urusan pembelian barang-barang keperluan seperti peralatan makmal dan bahan bantu mengajar.
b.      Pengurusan kakitangan
Teknologi juga dapat menguruskan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Hubungan yang baik antara pekerja dapat dipastikan dengan cara mewujudkan keberkesanan komunikasi.

3.      Fungsi Pengembangan Pengajaran
Teknologi boleh digunakan untuk menganalisis masalah-masalah pembelajaran, merekabentuk,  melaksana, dan melakukan penilaian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia member peluang belajar kepada pelajar.

4.      Fungsi Sumber Pembelajaran
Pihak atau bahan-bahan dan media yang berupaya untuk menyelesaikan masalah
Contoh: mesej, manusia, peralatan, teknik atau tetapan.
Ia dapat membolehkan pembelajaran kendiri dan memupuk kerja berpasukan

Pendapat-pendapat Tokoh Tentang Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan
               Menurut Yakop (1985), kaedah pelajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka.
                 Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan berbeza. Jean Piaget (1950) berpendapat kecergasan adalah kebolehan individu untuk berfikir atau menakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut Kalat (1999), kecergasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Pembelajaran berbantukan komputer dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar dalam memahami sesuatu konsep sains mengikut keupayaan sendiri. Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang seronok untuk belajar. Walaubagaimanapun, Rashidi menyatakan sebenarnya komputer tidak dapat menggantikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu dalam kalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri garis panduan yang diberikan oleh guru (Thomas,1994). Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti (Yusuf Hashim,1998). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan bagi meninjau keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
                Di Malaysia, pendidikan komputer telah diperkenalkan pada tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut telah dibekalkan dengan 20      buah komputer. Pembelajaran berbantukan komputer juga mula berkembang dengan wujudnya sekolah bestari dan terkini Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pembestarian sekolah.
            Kaedah pembelajaran berbantukan komputer juga menguji tahap kefahaman pelajar dengan memberi ujian pendek tentang bahan yang telah dipelajari. Setelah pelajar telah menjawab ujian tersebut, komputer dapat menilai jawapan yang telah diberikan oleh pelajar sama ada betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, pelajar diberi peluang untuk mengulangi soalan tersebut. Kaedah ini juga dapat membantu pelajar-pelajar lemah yang menghadapi masalah-masalah dalam memahami dan menguasai sesuatu pelajaran yang dipelajari. Komputer berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada pelajar-pelajar.
              Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini terdapat banyak kelebihannya. Antaranya ialah kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu. Pelajar boleh belajar bergantung kepada kecepatan proses pembelajaran masing-masing dan justeru itu dapat menjimatkan masa pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara biasa di dalam bilik darjah. Pelajar juga dapat mengawal kadar dan urutan pembelajaran.
           Selain itu, komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pembelajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra dan tidak jemu semasa membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.
            Di samping itu, atribut media yang terdapat dalam bahan ini seperti warna, muzik, animasi dan visual menambahkan realisme (Levie,1976) dalam pembelajaran latih tubi, uji kaji dalam makmal, permainan, simulasi dan sebagainya.   
             Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D. & Walker, S.M (1990) mendapati bahawa pembelajaran berbantukan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran membawa banyak kebaikan berbanding dengan cara tradisional. Antara kebaikan-kebaikannya ialah pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pembelajaran. Ini disebabkan terdapat pemaparan grafik berwarna-warni yang dapat menarik perhatian pelajar. Penjelasan sesuatu konsep pembelajaran yang lebih berkesan berbanding dengan cara melukis pada papan hitam.
           Selain itu, pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan tepat. Ini dapat menjimatkan masa pelajar dengan memberi arahan kepada komputer untuk melakukan kerjanya kerana pelajar hanya perlu memasukkan data ke dalam komputer sahaja seterusnya komputer yang akan memproses data dan memberi semua output yang ada. Pelajar akan mendapat hasil output melalui papan skrin komputer. Seterusnya, pelajar dapat menjelajahi skrin komputer. Ini memberikan cara pembelajaran yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks seterusnya secara langsung memberi peluang kepada pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan teknologi.
            Rashid Azizan dan Abdul Razak Habib (1995) mengatakan bahawa pembelajaran berbantukan komputer dapat memberikan kebaikan-kebaikan dalam pengajaran terancang, pengajaran individu, pengajaran penggayaan dan pengajaran pemulihan. Melalui pengajaran terancang, pengajar dapat membina program-program yang dirancang khas untuk keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan pengetahuan dan jangka masa yang sesuai dengan diri mereka. Dalam oengajaran individu, pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa rasa segan atau takut kepada keadaan persekitarannya kerana persekitaran mereka hanya melibatkan komputer dan individu pelajar sahaja. Pembelajaran berbantukan komputer ini dapat memperkayakan lagi pengetahuan pelajar-pelajar yang telah memahami sesuatu konsep melalui latih tubi dan ujian yang sesuai dalam latihan pemulihan.
             Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran atau topik dalam pengajaran pemulihan. Penyampaian secara tutorial, latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka memahami konsep yang disampaikan oleh guru.
              Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pelajar-pelajar boleh mengawal kandungan pembelajaran terutamanya dari segi susunan bahan pembelajaran. Mereka juga boleh mengawal strategi pembelajaran seperti cara persembahan dan jumlah latihan yang dibuat. Pelajar juga diberi peluang belajar mengikut kadar sendiri dan seterusnya menguasai pelajaran mereka. Ternyatalah pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan pendapat daripada Qi Chen,1995.
            Dalam pembelajaran sains, kita juga boleh menggunakan multimedia bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran sains. Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interaktif yang tinggi, maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah berinteraksi melalui miltimedia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Berikut merupakan pendapat daripada Zackeriya, 1995.
            Kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Sacramento, Carlifornia, Amerika Syarikat mulai tahun 1987 telah membuktikan bahawa multimedia telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memuaskan. Bahan pelajaran adalah mudah untuk difahami dan juga kaedah penyampaian pula lebih menyeronokkan melalui multimedia. Kombinasi pelbagai media dalam penerangan memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh tentang sesuatu konsep, proses atau kejadian. Program multimedia telah membolehkan pelajar mengambil bahagian yang lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini pula merupakan pendapat daripada Floyd, 1991.
             Menurut Leong Mei Wei (1998), kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains secara umunya adalah dapat membantu pelajar lemah. Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar tanpa mengganggu pelajar-pelajar lain yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan tahap kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika teknologi dijadikan sebagai satu pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
               Selain itu, kelebihannya ialah maklumbalas yang cepat. Komputer berjaya memberi maklumbalas yang cepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan pelajar adalah salah. Seterusnya adalah membantu dalam pemahaman. Bahan pelajaran dapat difahami dengan cepat dan baik. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.
            Di samping itu, jangka masa yang digunakan adalah pendek. Seseorang pelajar berupaya memahami suatu konsep lebih cepat dengan kaedah pembelajaran berbantukan komputer berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan komputer berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar. Tambahan pula, mutu dan perhatian yang lebih dapat diberikan. Apabila  komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pengajaran serta merancang dan menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pelajar-pelajarnya.
               Meringankan beban juga merupakan salah satu kelebihan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer. Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pengajaran yang sama berulang-ulang kali. Selain itu, sikap positif. Kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar secara tidak langsung ini memaksa para pelajar menjadi aktif apabila menggunakan perisian pembelajaran menggunakan komputer. Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang negatif dan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran.
            Seterusnya, mengamalkan kemajuan pencapaian pelajar. Rekod-rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai memudahkan tugas-tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian-pencapaian pelajar. Dengan ini, guru dapat merancang pengajaran pemulihan untuk pelajar yang lemah dan pengayaan untuk pelajar cerdas. Selain itu, paparan yang menarik. Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.
              Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini bukanlah merupakan satu fenomena yang baru. Pembelajaran berbantukan komputer ini berupaya menukarkan pengajaran secara konvensional kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat. Daripada tinjauan literatur yang dibuat, kebanyakan kajian menunjukkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini disebabkan teknologi maklumat berupaya membina program pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kegiatan penggunaan komputer harus dipergiatkan lagi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya membantu para pelajar minat untuk belajar sains dan mudah untuk memahami sesuatu konsep sains yang dipelajari mereka. Banyak kajian lepas yang menunjukkan terdapat kesan positif dalam penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran memberikan banyak kesan yang positif kepada para pelajar. Ianya juga banyak membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pendidikan sains. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah meneruskan penggunaan teknologi dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Rujukan


  



No comments:

Post a Comment