TUGASAN BBM

                                     BEKAS SERBAGUNA
Bekas pelbagai kegunaan ini diperbuat daripada surat khabar dan kotak terbuang. Ianya boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang peribadi seperti bedak, gincu, minyak wangi dan sebagainya. Reka bentuk yang menarik dengan menggunakan hiasan dengan kertas berwarna kuning disertakan dengan tulisan yang berwarna pink.

 1. Sediakan bahan yang diperlukan seperti surat khabar, kotak, gunting, gam dan kertas warna.


 2. Gunting surat khabar mengikut saiz yang dikehendaki dan gulungkan surat khabar tersebut.

 3. Gunting kotak menjadi segi empat mengikut saiz tertentu untuk dijadikan sebagai tapak bekas serbaguna tersebut.


 4. Susun surat khabar yang telah digulung tadi di setiap sisi dan lekatkannya dengan menggunakan gam.



 5. Susun surat khabar tersebut sehingga siap mengikut ketinggian yang dikehendaki dan sesuai untuk kegunaannya.



 6. Lukis corak atau apa-apa sahaja untuk dijadikan sebagai hiasan pada bekas serbaguna tersebut.


 7. Tampalkan hiasan yang telah dibuat pada bekas tersebut.



 8. Seterusnya, bekas serbaguna tersebut sedia untuk digunakan.




No comments:

Post a Comment