1) TELEFON NOKIA 888
Teknologi
Nokia 888 ini direka dengan bertujuan bagi memudahkan aktiviti kehidupan dengan
terutamanya bagi golongan remaja yang gemarkan alat komunikasi yang fleksibel
ini . Teknologi yang digunakan dalam Nokia 888 ini adalah bateri cair ,
pengenalan suara dengan layar sentuh yang fleksibel dan sesuai digunakan di
dalam apa jua keadaan sekali pun . Ia mudah digunakan , ringan , fleksibel dan
senang dibawa ke mana sahaja kerana ia mudah untuk dibengkokkan untuk dipakai
di pergelangan tangan , digulung dan dimasukkan ke dalam kain seperti klip jika
tidak ingin menggunakannya di pergelangan tangan .
2) TETIKUS
Tetikus atau
juga dikenali sebagai mouse ini akan menggunakan teknologi
terbaru yang disebut sebagai Blue Track . Kelak , teknologi ini akan
menggantikan mouse laser mahupun optical . Teknologi ini juga memakai led biru
yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle . LED biru ini mampu membuat mouse ini terlihat lebih cantik dan menawan
. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada mouse
laser dan mouse
optical biasa pada
permukaan yang tidak biasa dipakai pada mouse laser .
3) AQUA SUBMERSIBLE WATERCRAFT
Pereka di
Korea iaitu Sungchul Yang dan Woonghee Han berfikir bahawa pada masa hadapan
manusia akan hidup di dunia air dalam waktu yang tidak terlalu lama lagi . Oleh
itu , mereka menciptakan Aqua ini yang mempunyai konsep kapal selam mini untuk
kegunaan seseorang di mana ia dapat berfungsi seperti motor boat dan juga dapat
menyelam seperti kapal selam . Bentuknya yang seperti ikan lumba-lumba ini
pernah memenangi 2008 Silver Idea Design Award . Hal ini dapat membuktikan
bahawa kedua-dua mahasiswa dari University Of Seoul ini telah melakukan hal
yang hebat .
4) PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK
4) PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK
Antara ciri-ciri pen Al-Quran elektronik audio bacaan Al-Quran,
mengandungi 30 surah dalam Al-Quran, bacaan oleh Sheikh Sudais (Imam Mekah).
Ianya mempunyai fungsi play stop, repeat, pen berkualiti yang boleh menulis,
headphone dengan tempat mengawal suara dan mudah dibawa kemana-mana yang
bersaiz pen biasa.
5) MESIN WUDU’ AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil
wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan
untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di masjid manakala model yang kedua
direka untuk kegunaan dirumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki
atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan,
sebahagian kepala dan telinga manakala singki dibawah digunakan untuk membasuh
kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu
tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana
rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto-sensor’. Rekaan ini dibuat daripada
bahan plastik yang disalutkan dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.
6) BANTAL TUNKU MODEN
6) BANTAL TUNKU MODEN
Teknologi terkini yang menggantikan cara lama (tunku besi). Bantal ini
berperanan sebagai tunku mudah alih dan sangat sesuai digunakan oleh ibu lepas
bersalin. Ianya bertujuan untuk membuang angin, melancarkan peredaran darah,
kembung perut, sakit urat, lenguh-lenguh sendi dan membuang lemak. Keberkesanannya
sudah terbukti berkesan, dijamin dan diiktiraf persatuan perubatan alternatif
moden asia. Teknologi ini berasal dari Jepun. Cara menggunakannya ialah bantal
ini dipanaskan menggunakan soket khas sehingga 60-80 darjah Celcius selepas itu
cas soket akan dicabut. Ianya boleh dibawa kemana-mana sahaja dan haba yang
tersimpan dalam bantal berjel ini akan digunakan untuk merawat seperti yang
disenaraikan di atas. Bantal panas adalah sebuah bantal seperti hot water bag.
7) MP3 LIPSTICK
Walkman NW-E013 mempunyai rekaan berbentuk lipstick. Badan MP3 disediakan
dalam lima warna. Kapasiti walkman hanya 1GB dan berat hanya 28gm.
8) INOVASI NOTEBOOK
Perkembangan Notebook masa depan telah mengembangkan Notebook yang benar-benar dilihat seperti buku. Konsep dua panel LCD yang diperkenalkan membolehkan pengguna untuk menggunakan mengikut keinginan. Pengguna dapat menggunakan kedua panel LCD untuk membaca teks, seperti yang kita lakukan pada buku, atau dapat juga mengubah fungsi satu halaman panel yang ada menjadi keyboard untuk menulis teks atau pengeditan dokumen. Notebook ini juga menggunakan kaedah touchscreen.
9) JET PACK
Jet Pack juga termasuk dalam alat yang banyak kita temukan dalam dunia permainan atau fiks yang dimana alat ini memungkinkan manusia dapat terbang dengan menggunakan jet yang melepaskan gas dan kemudiannya dapat menerbangkan para penggunanya. TAM adalah perusaha pertama dan satu-satunya perusaha di dunia yang telah memproduksikan pakej lengkap kostum yang direka oleh Rocket Belt. Teknologi akan terus dikembangkan dan diharap dapat berguna kepada kehidupan manusia.
10) BASIKAL YANG FLEKSIBEL
Continuously Ergonomic Race Vehicle (CERV) adalah basikal konsep yang mana basikal ini boleh mengubah rangkanya dan menyesuaikan dengan keadaan mengikut keadaan jalan. Semasa menuruni bukit, kerusi boleh direndahkan dan pemegang didekatkan supaya pelumba boleh merendahkan badan mereka. Semasa menaiki bukit pula, kerusi dinaikkan dan handle dipanjangkan. Cara pemegang mengawal roda juga menggunakan konsep yang berbeza daripada basikal biasa.

No comments:
Post a Comment